The Awakened (Yang Bangkit) Claymore (manga)

'Yoki' (妖気) ataupun 'tenaga kehidupan' Yoma mengalir di dalam tubuh badan para Claymore dan Yoma. Claymore berupaya untuk mengawal lepasan Yoki untuk meningkatkan keupayaan mereka. Namun begitu, sebaik sahaja seorang Claymore melepasi 80% kuasanya, lepasan ki tidak lagi berada di bawah kawalannya, dan akan terus meningkat menuju 100% dalam beberapa ketika. Apabila ini berlaku, aspek Yoma akan mendapat kawalan, dan kacukan Claymore tersebut berubah menjadi suatu makhluk yang digelar Awakened (Bangkit). Awakened merupakan makhluk yang mempunyai kuasa yang mengalahkan para Claymore dan Yoma biasa, dan mempunyai keinginan kuat untuk melapah isi perut manusia. Awakened mengekalkan taraf kecerdikan dan memori kehidupan Claymore dan manusia mereka, tetapi masih mempunyai mentaliti seorang Yoma. Ia dipercayai bahawa makhluk Awakened tidak akan berupaya menjadi manusia ataupun Claymore lagi. Makhluk Awakened merupakan kesilapan yang dilakukan organisasi rahsia itu sendiri. Para Claymore menggunakan perkataan Voracious Eaters (Pemangsa Rakus) apabila merujuk kepada Awakened dengan orang-orang luar, dan menuntut bahawa mereka merupakan Yoma yang hidup terlalu lama dan mempunyai kekuatan dan kebijaksanaan yang tinggi dengan tujuan melindungi asal-usul mereka. Ini membolehkan para Claymore untuk menafikan hubungan mereka dengan kewujudan mereka. Sebelum peperangan di utara, organisasi tersebut tidak akan memburu Awakened melainkan jika mereka menerima permintaan untuk berbuat demikian. Namun dalam bahagian baru siri Claymore, organisasi rahsia itu telah mengubah operasinya memburu Awakened dengan aktif. Ini adalah respon terhadap percubaan Isley untuk mengumpul sekumpulan Awakened di tanah-tanah utara.

Apabila lawan mereka adalah golongan Awakened, organisasi tersebut selalunya menghantar sekumpulan Claymore yang terdiri daripada 4 orang, dipimpin oleh seorang Claymore satu digit (mereka yang berpangkat 9 ke bawah).

Setakat ini, setiap Awakened tidak mempunyai sebarang persamaan dari segi fizikal di antara golongan mereka sendiri (sesetengah daripada mereka mengekalkan bentuk manusia seperti Priscilla, atau menjadi serpentin seperti Ophelia), mencadangkan bahawa proses tersebut berbeza-beza di antara satu individu dengan individu yang lain. Antara persamaan di antara Awakened termasuklah saiz mereka yang gergasi (berukuran dari ketinggian dua meter sehingga beberapa tingkat) dan kulit mereka yang kebal dan keras.

Golongan Awakened juga berbeza-beza dengan sifat mereka; ada yang secara terbuka-buka bersikap ganas dan sewenang-wenangnya bersikap pemusnah dan ada juga yang bersikap tenang. Namun begitu, setiap satu Awakened dahagakan darah dan daging manusia. Mereka yang berpura-pura bersikap mesra dan tenang hanya berbuat begitu untuk mengumpan mangsanya. Kuasa setiap Awakened juga berbeza-beza, bergantung kepada kuasanya sebelum Bangkit. Proses Bangkit dengan sendirinya memberi peningkatan kuasa yang tinggi, membolehkan si Bangkit yang pernah berada di bahagian bawahan Claymore untuk berlawanan dalam tahap yang sama dengan Claymore berpangkat tinggi.

Di kalangan Awakened yang masih hidup, terdapat tiga yang pernah berpangkat 1 di organisasi Claymore mereka dalam generasi mereka tersendiri. Ketiga-tiga mereka dirujuk sebagai People of the Abyss atau Mereka daripada Jurang, dan secara umumnya dipercayai bahawa mereka merupakan makhluk yang paling kuat dalam dunia Claymore.

Sesetengah Claymore tergolong dalam kategori separuh Bangkit. Ini terjadi apabila seorang Claymore kehilangan kawalan Yoki atau tenaga Claymore, tetapi masih berupaya untuk mengekalkan bentuk kacukannya tanpa Bangkit dengan penuh/kekal dalam bentuk Bangkit terlalu lama. Ini dapat menguatkan lagi Claymore tersebut, dan membenarkan mereka melepasi kuasa 80% yang dihadkan kepada mereka tanpa dikhuatiri Bangkit, namun organisasi Claymore itu mengesyaki golongan Claymore ini dengan penuh keraguan.

Ia tidak dijelaskan bagaimana perasaan seorang Claymore wanita apabila mereka Bangkit. Clare menggambarkannya sebagai "memuaskan" dan "menyakitkan" [2], manakala Helen pula merasakan sensasi yang agak serupa dengan orgasma (juga merupakan sensasi yang dinikmati kebanyakan kacukan kaum lelaki apabila mereka Bangkit). Ramai Claymore menggambarkan perasaan Bangkit sebagai "kesakitan pahit" dan ekstasi.